Assalamualaikum wr wb
Ramai orang mengkaji sejarah dan hanya menerima pendapat Ibnu Taimiyah
sekadar dari bacaan kitabnya saja tanpa merangkumkan fakta sejarah dan
kebenaran dengan tulus dan ikhlas.
Dari sebab itu mereka (seperti Wahabiyah) sekadar berpegang dengan
akidah salah yang termaktub dalam tulisan Ibnu Taimiyah khususnya dalam
permasaalahan usul akidah berkaitan kewujudan Allah dan pemahaman ayat ”
Ar-Rahman ^alal Arasy Istawa”.
Dalam masa yang sama mereka jahil tentang khabar dan berita sebenarnya
berdasarkan sejarah yang diakui oleh ulama dizaman itu' atau yang lebih
hampir dengan Ibnu Taimiyah yang sudah pasti lebih mengenali Ibnu
Taimiyah daripada kita dan Wahabiyah. Dengan kajian ini dapatlah kita
memahami bahwa sebenarnya akidah Wahabiyah antaranya :
1-Allah duduk di atas kursi.
2-Allah duduk dan berada di atas arasy.
3-Tempat bagi Allah adalah di atas arasy.
4-Berpegang dengan zohir(duduk) pada ayat “Ar-Rahman ^alal Arasy Istawa”.
5-Allah berada di langit.
6-Allah berada di tempat atas.
7-Allah bercakap dengan suara.
8-Allah turun naik dari tempat ke tempat dan selainnya daripada akidah
kufur sebenarnya Ibnu Taimiah telah bertaubat daripada akidah sesat
tersebut dengan mengucap dua kalimah syahadah serta mengaku sebagai
pengikut Asyairah dengan katanya:
“saya golongan Asy’ary”.
(Malangnya Wahhabi mengkafirkan golongan Asyairah, lihat buktinya :
http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/...mat-islam.html).
Syeikhul Islam Imam Al-Hafiz As-Syeikh Ibnu Hajar Al-Asqolany yang hebat
dalam ilmu hadist dan merupakan ulama hadist yang mutabar dan pakar
dalam segala ilmu hadist dan merupakan pengarang kitab syarah' Sohih
Bukhari berjudul' Fathul Bari ,beliau telah menyatakan kisah taubat Ibnu
taimiyah ini, serta tidak menafikan kesahihannya dan ini diakui olehnya
sendiri dalam kitab beliau berjudul Ad-Durar Al-Kaminah Fi ‘ayan
Al-Miaah As-Saminah yang disahihkan kewujudan kitabnya oleh ulama-ulama
Wahhabi juga termasuk kanak-kanak Wahabi di Malaysia ( Mohd Asri Zainul
Abidin).
Kenyatan bertaubatnya Ibnu Taimiyah dari akidah sesat tersebut juga
telah dinyatakan oleh seorang ulama sezaman dengan Ibnu Taimiyah iaitu
Imam As-Syeikh Syihabud Din An-Nuwairy wafat 733H.
Ini penjelasannya :
Berkata Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitabnya berjudul :
Ad-Durar Al-Kaminah Fi “ayan Al-Miaah As-Saminah
cetakan 1414H Dar Al-Jiel
juzuk 1 m/s 148
dan Imam As-Syeikh Syihabuddin An-Nuwairy wafat 733H :
cetakan Dar Al-Kutub Al-Misriyyah
juzuk 32 m/s 115-116
dalam kitab berjudul Nihayah Al-Arab Fi Funun Al-Adab nasnya:
أما تقي الدين فإنه استمر في الجب بقلعة الجبل
إلى أن وصل الأمير �*سام الدين مهنا إلى الأبواب السلطانية في شهر ربيع
الأول سنة سبع وسبعمائة ، فسأل السلطان في أمره وشفع فيه ، فأمر بإخراجه ،
فأخرج في يوم الجمعة الثالث والعشرين من الشهر وأ�*ضر إلى دار النيابة
بقلعة الجبل ، و�*صل ب�*ث مع الفقهاء ، ثم اجتمع جماعة من أعيان العلماء
ولم ت�*ضره القضاة ، وذلك لمرض قاضي القضاة زين الدين المالكي ، ولم ي�*ضر
غيره من القضاة ، و�*صل الب�*ث ، وكتب خطه ووقع الإشهاد عليه وكتب بصورة
المجلس مكتوب مضمونه : بسم الله الر�*من الر�*يم شهد من يضع خطه آخره أنه
لما عقد مجلس لتقي الدين أ�*مد بن تيمية ال�*راني ال�*نبلي ب�*ضرة المقر
الأشرف العالي المولوي الأميري الكبيري العالمي العادلي السيفي ملك الأمراء
سلار الملكي الناصري نائب السلطنة المعظمة أسبغ الله ظله ، و�*ضر فيه
جماعة من السادة العلماء الفضلاء أهل الفتيا بالديار المصرية بسبب ما نقل
عنه ووجد بخطه الذي عرف به قبل ذلك من الأمور المتعلقة باعتقاده أن الله
تعالى يتكلم بصوت ، وأن الاستواء على �*قيقته ، وغير ذلك مما هو مخالف لأهل
ال�*ق ، انتهى المجلس بعد أن جرت فيه مبا�*ث معه ليرجع عن اعتقاده في ذلك ،
إلى أن قال ب�*ضرة شهود : ( أنا أشعري ) ورفع كتاب الأشعرية على رأسه ،
وأشهد عليه بما كتب خطا وصورته : (( ال�*مد لله ، الذي أعتقده أن القرآن
معنى قائم بذات الله ، وهو صفة من صفات ذاته القديمة الأزلية ، وهو غير
مخلوق ، وليس ب�*رف ولا صوت ، كتبه أ�*مد بن تيمية . والذي أعتقده من قوله :
( الر�*من على العرش استوى ) أنه على ما قاله الجماعة ، أنه ليس على
�*قيقته وظاهره ، ولا أعلم كنه المراد منه ، بل لا يعلم ذلك إلا الله تعالى
، كتبه أ�*مد بن تيمية . والقول في النزول كالقول في الاستواء ، أقول فيه
ما أقول فيه ، ولا أعلم كنه المراد به بل لا يعلم ذلك إلا الله تعالى ،
وليس على �*قيقته وظاهره ، كتبه أ�*مد بن تيمية ، وذلك في يوم الأ�*د خامس
عشرين شهر ربيع الأول سنة سبع وسبعمائة )) هذا صورة ما كتبه بخطه ، وأشهد
عليه أيضا أنه تاب إلى الله تعالى مما ينافي هذا الاعتقاد في المسائل
الأربع المذكورة بخطه ، وتلفظ بالشهادتين المعظمتين ، وأشهد عليه بالطواعية
والاختيار في ذلك كله بقلعة الجبل الم�*روسة من الديار المصرية �*رسها
الله تعالى بتاريخ يوم الأ�*د الخامس والعشرين من شهر ربيع الأول سنة سبع
وسبعمائة ، وشهد عليه في هذا الم�*ضر جماعة من الأعيان المقنتين والعدول ،
وأفرج عنه واستقر بالقاهرة
Saya terjemahkan beberapa yang penting dari nas dan kenyataan tersebut:
1- ووجد بخطه الذي عرف به قبل ذلك من الأمور المتعلقة باعتقاده أن الله
تعالى يتكلم بصوت ، وأن الاستواء على �*قيقته ، وغير ذلك مما هو مخالف لأهل
ال�*ق
Terjemahannya: “Dan para ulama telah mendapati skrip yang telah ditulis
oleh Ibnu Taimiyah yang telah diakui nya sebelum itu (akidah salah ibnu
taimiyah sebelum bertaubat) berkaitan dengan akidahnya bahwa Allah
ta’ala berkata-kata dengan suara, dan Allah beristawa dengan arti yang
hakiki yaitu duduk) dan selain itu yang bertentangan dengan Ahl Haq
(kebenaran)”.
Saya mengatakan : Ini adalah bukti dari para ulama islam di zaman Ibnu
Taimiyah bahwa dia berpegang dengan akidah yang salah sebelum bertaubat
daripadanya antaranya Allah beristawa secara hakiki yaitu duduk.
Golongan Wahhabiyah sehingga ke hari ini masih berakidah dengan akidah
yang salah ini yaitu menganggap bahawa Istiwa Allah adalah hakiki
termasuk Mohd Asri Zainul Abidin yang mengatakan istawa bermakna duduk
cuma bagaimana bentuknya bagi Allah kita tak tahu. lihat dan dengar
sendiri Asri sandarkan DUDUK bagi Allah di :
http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/...udi-allah.html .
Sedangkan ibnu Taimiah telah bertaubat dari akidah tersebut.
2- قال ب�*ضرة شهود : ( أنا أشعري ) ورفع كتاب الأشعرية على رأسه
Terjemahannya: ” Telah berkata Ibnu Taimiyah dengan kehadiran saksi para
ulama: ‘ Saya golongan Asy’ari’ dan mengangkat kitab Al-Asy’ariyah di
atas kepalanya ( mengakuinya)”.
Saya mengatakan :
Kepada Wahhabi yang mengkafirkan atau menghukum sesat terhadap
Asya’irah, apakah mereka menghukum sesat juga terhadap Syeikhul islam
mereka sendiri ini?! Siapa lagi yang tinggal sebagai islam ,sedangkan
syeikhul islam kamu pun kamu kafirkan dan sesatkan?! Ibnu Taimiyah
mengaku sebagai golongan Asy’ary malangnya Wahhabi mengkafirkan golongan
Asya’ri pula, rujuk bukti Wahhabi kafirkan golongan As’y'ary :
http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/...mat-islam.html.
3- والذي أعتقده من قوله : ( الر�*من على العرش استوى ) أنه على ما قاله
الجماعة ، أنه ليس على �*قيقته وظاهره ، ولا أعلم كنه المراد منه ، بل لا
يعلم ذلك إلا الله تعالى ، كتبه أ�*مد بن تيمية
Terjemahan khot tulisan Ibnu Taimiyah dihadapan para ulama islam ketika
itu dan mereka semua menjadi saksi kenyataan Ibnu Taimiyah : ” Dan yang
aku berpegang mengenai firman Allah ‘Ar-Rahman diatas Arasy istawa’
adalah sepertimana berpegangnya jamaah ulama islam, sesungguhnya ayat
tersebut bukan berarti hakikatnya(duduk) dan bukan atas zohirnya dan aku
tidak mengetahui maksud sebenar-benarnya dari ayat tersebut bahkan
tidak diketahui makna sebenar-benarnya dari ayat tersebut kecuali
Allah.Telah menulis perkara ini oleh Ahmad Ibnu Taimiyah”.
Saya mengatakan:
Ibnu Taimiyah telah bertaubat dan mengatakan ayat tersebut bukan atas
zohirnya dan bukan atas hakikinya yaitu bukan berarti Allah duduk maupun
bertempat atas arasy.
( Bukti Ibnu Taimiah pernah dahulunya berpegang dengan akidah salah: ‘Allah Duduk’
sila rujuk:
http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/...tas-arasy.html ).
Malangnya kesemua guru Wahhabi sehingga sekarang termasuk Al-Bani, Soleh
Uthaimien, Bin Baz dan kesemuanya berpegang ayat tersebut secara
zohirnya dan hakikatnya (duduk dan bertempat atas arasy). Lihat saja
buku-buku mereka jelas menyatakan sedemikian. Maka siapakah syeikhul
islam sekarang ini disisi Wahhabiyah atau adakah syeikhul islam anda
wahai Wahhabi telah kafir disebabkan taubatnya?!
4- وأشهد عليه أيضا أنه تاب إلى الله تعالى مما ينافي هذا الاعتقاد في المسائل الأربع المذكورة بخطه ، وتلفظ بالشهادتين المعظمتين
Terjemahannya berkata Imam Nuwairy seperti yang dinyatakan juga oleh
Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany : ” Dan aku antara saksi bahawa Ibnu
Taimiyah telah bertaubat kepada Allah daripada akidah yang salah pada
empat masaalah akidah yang telah dinyatakan, dan Ibnu Taimiyah telah
mengucap dua kalimah syahadah(bertaubat daripada akidah yang salah
pernah dia pegangi terdahulu)”.
Saya mengatakan:
Ibnu Taimiyah telah memeluk islam kembali dengan mengucap dua kalimah
syahadah dan mengiktiraf akidahnya sebelum itu adalah salah dan kini
akidah yang salahnya itu pula dipegang oleh golongan Wahhabiyah.
Maka bilakah pula golongan Wahhabiyah yang berpegang dengan akidah yang
salah tersebut akan memeluk agama islam semula seperti yang dilakukan
oleh rujukan utama mereka yang mereka sendiri namakan sebagai Syeikhul
Islam?!.
Jadikan qudwah dan ikutan Ibnu Taimiyah dalam hal ini wahai Wahhabiyah!.
Ayo! bertaubatlah sesungguhnya kebenaran itu lebih tinggi dari segala
kebatilan. Pintu taubat masih terbuka bagi Wahhabi yang belum dicabut
nyawa.
ULAMA-ULAMA YANG MENYATAKAN DAN MENYAKSIKAN KISAH TAUBATNYA IBNU TAIMIYAH.
Selain Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitabnya berjudul Ad-Durar
Al-Kaminah Fi “ayan Al-Miaah As-Saminah cetakan 1414H Dar Al-Jiel juzuk 1
m/s 148
dan Imam As-Syeikh Syihabuddin An-Nuwairy wafat 733H cetakan Dar
Al-Kutub Al-Misriyyah juzuk 32 m/s 115-116 dalam kitab berjudul Nihayah
Al-Arab Fi Funun Al-Adab yang menyatakan kisah taubat Ibnu Taimiyah
ramai lagi ulama islam yang menyaksikan dan menceritakan kisah pengakuan
tersebut antaranya lagi :
-As-Syeikh Ibnu Al-Mu’allim wafat tahun 725H dalam kitab Najmul Muhtadi Wa Rojmul Mu’tadi cetakan Paris nom 638.
-As-Syeikh Ad-Dawadai wafat selepas 736H dalam kitab Kanzu Ad-Durar – Al0Jam’-239.
-As-Syeikh Taghry Bardy Al-Hanafi bermazhab Hanafiyah wafat 874H dalam
Al-Minha As-Sofi m/s576 dan beliau juga menyatakn sepertimana yang
dinyatakan nasnya oleh Imam Ibnu Hajar Al-Asqolany dalam kitabnya yang
lain berjudul An-Nujum Az-Zahirah Al-Jami’ 580.
Merekalah dan selain mereka telah menyatakan taubat Ibnu Taimiah daripada akidah Allah Duduk dan bertempat di atas arasy.
Kata-kata akhirku dalam penerangan kajian ringkas berfakta ini..
Wahai Wahhabiyah yang berakidah Allah Duduk di atas arasy. Itu adalah akidah kristian kafir dan yahudi laknat (Rujuk bukti :
http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/...tas-arasy.html
. Berpeganglah dengan akidah salaf sebenar dan khalaf serta akidah ahli
hadist yang di namakan sebagai akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yaitu
Allah tidak memerlukan kepada semua makhlukNya termasuk tempat dilangit
maupun tempat di atas arasy. Semoga Allah merahmati hambaNya yang
benar-benar mencari kebenaran. Wassalam.
* Saya mengharap komen diberikan atas artikel ini dengan syarat mestilah
berfakta yang tulus dan ilmiah tidak semborono khususnya kepada mereka
yang mengatakan ini palsu.
2. Albany Mengakui akidah : ALLAH WUJUD TANPA TEMPAT ” & TOLAK AKIDAH “ALLAH BERSEMAYAM/DUDUK ATAS ‘ARASY”
Daurah masyayikh salafy timur tengah, Daurah kitab albany, Daurah daurah salafy/wahaby saudy
Syaikh nashiruddin albany, yang sering membuat fatwa-fatwa heboh dan
menyesatkan akhirnya taubat sebelum matinya……disalah satu kitab
terakhirnya (ia mentkhrij kitab imam adzahabi alasy’ary) albany akhirnya
mengakui aqidah ahlusunnah walja’maah (Allah ada tanpa tempat dan arah)
berbeda dgn fatwa-fatwa sebelumnya……mari kita lihat bukti kitab nya!!!
Maka salafy/wahaby pun ramai-ramai mengkafirkannnya!!, …..jamaah takfir
akhirnya salang mengkafirkan sesamanya sendiri….na’dzubillah…
ALBANI & AZ-ZAHABI KATA: AKIDAH ISLAM ADALAH “ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT” & ALLAH TIDAK BERSEMAYAM/DUDUK ATAS ARASY.
Oleh: Abu Syafiq ( Hp: 006-012-2850578 )
memang kebenaran akidah Islam tidak dapat ditolak oleh golongan munafiq
mahupun kafir Mujassim. Ini karena burhan dan adillah (hujjah dan dalil)
yang terbit dari sumber yang mulia yaitu Al-Quran dan Hadist tiada
sedikitpun pun keraguan,menyingkir pula kebatilan. Antara akidah Islam
adalah “ Allah Wujud Tanpa Bertempat” dan inilah antara yang Ahlu Sunnah
Wal Jama’ah maksudkan demi memberi kefahaman yang tepat dalam
perbincangan akidah Islam dalam mentauhidkan diri kepada Allah. WAHHABI
MALAYSIA KAFIRKAN ALBANI & AZ-ZAHABI Kesemua Wahhabi di Malaysia
berakidah dengan akidah yang tidak menepati Al-Quran dan Hadist Nabawi.
Ini amat jelas dengan hujjah yang telah saya ( Abu Syafiq ) kemukakan
sebelum2 ini berlandaskan ayat2 Allah dan sabda Nabi Muhammad
berkonsepkan kaidah ulama Salaf dan Khalaf tulen. Semua Wahhabi di
Malaysia yang berakidah Allah Bertempat telah menghukum kafir terhadap
umat Islam yang berakidah benar Allah Wujud Tanpa Bertempat. Pada masa
yang sama Wahhabi di Malaysia alpa akan akidah guru2 mereka sendiri
Nasiruddin Al-Bany dan rujukan utama mereka Al-Hafiz Az-Zahaby yang juga
berakidah Allah Wujud Tanpa Bertempat, malangnya Wahhabi mengkafirkan
sesiapa yang berakidah sedemikian. Ini amat jelas semua Wahhabi di
Malaysia bukan hanya mengkafirkan umat Islam bahkan turut mengkafirkan
guru dan rujukan utama mereka sendiri iaitu Al-Bani dan Az-Zahabi.
Silakan pembaca rujuk teks kenyataan Allah Wujud Tanpa Bertempat Dan Tanpa Berarah oleh Al-Bani & Az-Zahabi :
Kitab: Mukhtasor ‘Ulu Li ‘Aliyyil ‘Azhim.
Pengarang: Syamsuddin Az-Zahabi.
Pentahkik: Nasiruddin Al-Bani. Cetakan: Maktab Islami.
Mukasurat: 71.
Kenyataan teks Al-Bani bersumber kitab di atas :
“ Apabila kamu telah mendalami perkara tersebut, dengan izin Allah kamu
akan faham ayat-ayat Al-Quran dan Hadist Nabawi serta kenyataan para
ulama Salaf yang telah dinyatakan oleh Az-Zahabi dalam kitabnya ini
Mukhtasor bahawa arti dan maksud sebalik itu semua adalah makna yang
thabit bagi Allah yaitu ketinggian Allah pada makhluk-makhlukNya ( bukan
ketinggian tempat), istawanya Allah atas arasyNya layak bagi
keagunganNya dan Allah tidak ber arah dan Allah tidak bertempat”. (Sila
rujuk kitab tersebut yang telah di scan di atas).
Saya menyatakan: Al-Bani telah nukilan lafaz akidah yang benar walaupun
ulama Islam telah maklum bahawa golongan Mujassimah dan Tabdi’ ini pada
hakikatnya akidah mereka sering berbolak balik. Albani pun mengatakan
Allah tidak bertempat tetapi Wahhabi di Malaysia ,berakidah Allah itu
bertempat bahkan mereka mengkafirkan pula siapa yang percaya Allah wujud
tanpa bertempat. Kenyatan Al-Bani menafikan tempat bagi Allah adalah
secara mutlak dan tidak disebut tempat yang makhluk atau tidak dan ini
juga adalah bukti Al-Bani dan Az-Zahabi menafikan Allah Bersemayam/Duduk
Atas Arasy. Sememangnya Al-Bani dan Az-Zahabi sering menolak akidah
Allah Bersemayam/Duduk Atas ‘Arasy. pertanyaan saya kepada
Wahhabi..mengapa kamu mengkafirkan Muhaddist kamu ini? Adakah Syeikh
Islam kamu, ulama kamu dan Muftary kamu termasuk Albani ini adalah kafir
kerana berakidah Allah Tidak Bertempat?
Sekiranya TIDAK maka mengapa kamu bawa akidah palsu dan sekiranya YA
maka kamu semua adalah NAJIS SYAITON!. Wahai pembaca yang berakal dan
budiman…. – Albani berakidah “ Allah Wujud Tanpa Bertempat dan Tidak Ber
Arah ” tetapi Wahhabi Malaysia kafirkan akidah tersebut. – Hafiz
Az-Zahabyi berakidah “ Allah Wujud Tanpa Bertempat dan Tanpa Ber Arah ”
tetapi Wahhabi Malaysia kafirkan akidah tersebut bahkan Wahhabi
berakidah Allah bertempat. Sila rujuk bukti:
http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/...i-seluruh.html
Nah..! Dimanakah hendak dikategorikan golongan Wahhabi ini?
Jamban,mangkuk, tandas? atau di tanah perkuburan yang hanya disemadikan
dalamnya ahli-ahli Mujassimah pengkhianat amanah?!. Apapun saya doakan
hidayah keimanan diberikan oleh Allah kepada Wahhabi yang masih hidup.
Wassalam.
www.abu-syafiq.blogspot.com ________________________________
KITAB-KITAB IMAM ADZAHABY SERING DIJADIKAN RUJUKAN-RUJUKAN PALSU OLEH
WAHABY TAPI KALAU KITA LIHAT KITAB ASLINYA, AKAN LAIN JADINYA…. LIHAT
KITAB ASLI IMAM ADZAHABY YANG BELUM DITAKHRIJ OLEH ALBANY :
AL-HAFIZ AZ-ZAHABI KAFIRKAN AKIDAH: ALLAH DUDUK
AL-HAFIZ AZ-ZAHABI KAFIRKAN AKIDAH: ALLAH BERSEMAYAM/DUDUK
Oleh: Abu Syafiq ( Tel HP 006-012-2850578)
*Bersemayam yang bererti Duduk adalah sifat yang tidak layak bagi Allah
dan Allah tidak pernah menyatakan demikian, begitu juga NabiNya.
__________________________________________________
_________________________
Hakikat kebenaran tetap akan tersebar walaupun lidah syaitan Wahhabi
coba merubahnya. Kali ini dipaparkan bagaimana rujukan utama Wahhabi
iaitu Al-Hafiz Az-Zahabi sendiri mnghukum kafir akidah sesat: Allah
Bersemayam/Duduk yang dipelopori oleh Wahhabi pada zaman kini. Az-Zahabi
adalah Syamsuddin Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad bin Uthman bin Qaymaz
bin Abdullah ( 673-748H ). Pengarang kitab Siyar An-Nubala’ dan
kitab-kitab lain termasuk Al-Kabair.
Az-Zahabi mengkafirkan akidah Allah Duduk sepertimana yang telah
dinyatakan olehnya sendiri di dalam kitabnya berjudul Kitab Al-Kabair.
Demikian teks Az-Zahabi kafirkan akidah “ Allah Bersemayam/Duduk” : (
RUJUK SCAN KITAB TERSEBUT DI ATAS )
Nama kitab: Al-Kabair.
Pengarang: Al-Hafiz Az-Zahabi.
Cetakan: Muassasah Al-Kitab Athaqofah,
cetakan pertama 1410h.
Terjemahan.:
Berkata Al-Hafiz Az-Zahabi: “Faidah, perkataan manusia yang dihukum
kufur jelas terkeluar dari Islam oleh para ulama adalah: …sekiranya
seseorang itu menyatakan: Allah Duduk untuk menetap atau katanya Allah
Berdiri untuk menetap maka dia telah jatuh KAFIR”.
Rujuk scan kitab tersebut di atas m/s 142. Perhatikan bagaimana
Az-Zahabi menghukum kafir sesiapa yang mendakwa Allah bersifat Duduk.
Sesiapa yang mengatakan Allah Duduk maka dia kafir. Fokuskan pada
kenyataan Az-Zahhabi tidak pula mengatakan “sekiranya seseorang itu kata
Allah Duduk seperti makhlukNya maka barulah dia kafir” akan tetapi amat
jelas Az-Zahabi terus menghukum kafir kepada sesiapa yang mendakwa
Allah Duduk disamping Az-Zahabi menukilkan hukum tersebut dari seluruh
ulama Islam.
Wahai Mohd Asri Zainul Abidin dan Wahhabi yang lain…ketahuilah apabila
anda semua mengatakan Allah Duduk merupakan kekufuran yang telah dihukum
oleh Az-Zahabi sendiri dan ulama Islam. Tidak perlu ditunggu kenyataan “
Allah Duduk Seperti MakhlukNya” baru dihukum kafir akan tetapi dengan
mengatakan Allah Duduk maka ia merupakan perkataan kufur terkeluar dari
Islam sepertimana yang dinyatakan oleh Al-Hafiz Az-Zahabi. Bertaubatlah
wahai Wahhabi.
www.abu-syafiq.blogspot.com http://abu-syafiq.blogspot.com/2007/...an-akidah.html
sumber :
www.salafytobat.wordpress.com
www.invasi.blogspot.com